




Waktu solat terbina dalam
Jam solat At-Takwim telah dilengkapi dengan waktu solat yang disimpan secara tetap di dalam ingatan (memory). Ini bermakna ianya tidak akan hilang walaupun bekalan kuasa terputus.
Waktu solah sediaada sehingga tahun 2099
Pengguna TIDAK perlu menghantarkan jam At-Takwim mereka kepada kami untuk mengemaskini waktu solat bagi tahun-tahun berikutnya. Apabila anda membeli jam solat At-Takwim, waktu solat di dalamnya boleh digunakan sehingga tahun 2099. Insya-Allah.
Peringatan waktu solat
Jam solat At-Takwim telah dilengkapi dengan dua jenis peringatan waktu solat iaitu bunyi 'Beep" dan "Laungan Azan". Pengguna boleh memilih untuk menggunakan salah satu dari peringatan tersebut. Bunyi "Beep" atau "Laungan Azan" berkumandang sekiranya telah masuk waktu solat.
Peringatan bermula waktu Dhuha
Peringatan tentang masuknya waktu Dhuha.
Peringatan waktu solat Jumaat
Bagi memudahkan jemaah bersedia untuk menunaikan solat Jumaat, Jam Solat At-Takwim telah dilengkapi dengan peringatan waktu solat Jumaat. Laungan "Haiya ala sola' " akan berkumandang bagi setiap 30, 20 dan 10 minit sebelum masuk waktu Jumaat. PERHATIAN: TIDAK UNTUK SEMUA MODEL
Peringatan Iqamah
Fungsi peringatan Iqamah hanya terdapat pada model Jam Masjid (ATP3223) dan Jam Surau (3210). Fungsi ini akan membantu Bilal dalam menentukan waktu yang sesuai untuk Iqamah, sesudah azan. PERHATIAN: TIDAK UNTUK SEMUA MODEL
Laungan Azan
Setiap Jam Solat At-Takwim kecuali Jam Masjid (ATP3223) telah dilengkapi dengan Azan. Azan yang digunakan adalah Azan dari Masjid Nabawi, Madinah. PERHATIAN: TIDAK UNTUK SEMUA MODEL
Fungsi Ihtiyat
Fungsi ini membantu para jemaah melaksanakan ihtiyat bagi memastikan serta mengesahkan bahawa waktu solat telah benar-benar masuk.
Kalendar Gregorian
Jam Solat At-Takwim juga dilengkapi dengan Kalender Gregorian.
Kalendar Hijrah
Bagi membolehkan penggunaan yang lebih global, Jam Solat At-Takwim telah dilengkapi dengan 3 jenis Kalender hijrah.
- Kalendar Hijrah AsianKalender ini biasanya digunakan oleh negara-negara Asian seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
- Kalendar Hijrah Umm Qura'Kalender jenis ini banyak digunakan di negara-negara Arab seperti Mekah dan Madinah.
- Kalendar Hijrah KuwaitKalender ini merupakan kalender Islam yang biasa terdapat dalam perisian komputer Windows
Kalendar Thai
Jam Solat At-Takwim telah dilengkapi dengan kalenderThail. Fungsi ini dihasilkan khusus untuk umat Islam di negara Thailand.
Penggera (Alarm) masa
Jam Solat At-Takwim telah dilengkapi dengan 3 penggera iaitu:
Penggera 1: Penggera masa 1
Penggera 2: Penggera masa 2
Penggera 3: Penggera waktu sahur
Lokasi Sokongan
Waktu solat telah diprogramkan dan boleh digunakan dilebih 2000 lokasi meliputi 200 negara diseluruh dunia.
Fungsi DST untuk negara 4 musim
Daylight-Saving Time (DST), merupakan fungsi yang dihasilkan khusus untuk negara-negra 4 musim seperti Amerika Syarikat, England dan lain-lain. Ini bgi membolehkan jam Solat At-Takwim boleh digunakan secara tepat di negara-negar 4 musim.
Pelarasan waktu
Fungsi pelarasan waktu digunakan bagi menyelaraskan waktu semasa, sekiranya berlaku kecepatan atau kelewatan.
Penetapan koordinat pengguna
Fungsi ini membenarkan penguna menetapkan sendiri lokasinya di atas muka bumi. Ia juga bagi membolehkan penguna mendapatkan waktu solat bagi sesuatu kawasan yang tidak terdapat dalam senarai waktu solat At-Takwim.
Penetapan boleh dilakukan dengan memasukkan:
- Koordinat Latitude darjah dan minit.
- Koordinat Longitude darjah (ratus dan puluh).
- Koordinat Longitude minit dan Altitude.
Beteri dan sistem sokongan
Jam dan tetapan yang telah dibuat oleh pengguna akan kekal di dalam ingatan (memory) jam walaupun bekalan kuasa terputus atau diputuskan walaupun untuk berbulan-bulan. Ini bermaksud pengguna tidak perlu melaraskan apa-apa apabila bekalan kuasa disambungkan semula.